Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
[email protected]
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
[email protected]
Ph: +1.831.306.6725



Data Yang Terperinci,
Tepat Dan Bermakna

Kami berikan anda data dan laporan yang terperinci, tepat dan bermakna supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik.

Penyelesaian masalah dengan data dan laporan digital

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif pernah bertanya kepada kami mengapa mereka masih perlu mengendali bil perubatan secara manual dengan banyak dokumen kertas walaupun teknologi semakin moden. Bukan sahaja tindakan tersebut tidak mesra alam, malah mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat laporan dan analisa sebelum dibentangkan kepada pihak pengurusan.

 

HR Dashboard dan Medifile kami tersedia untuk anda menganalisa kos dan trend perubatan bagi membantu anda membuat langkah dan tindakan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi. Platform ini juga menghubungkan semua pihak dengan data digital. Ini menjadikannya lebih mudah untuk mencari trend, laporan, ramalan dan juga menjejaki setiap kemajuan serta membuat pengiraan auto dengan tepat!

Buat Keputusan Terbaik dengan Data yang Terperinci

Sistem Dalam Talian

Kami menyediakan portal dalam talian bagi memudahkan aliran data dan maklumat. Kami juga mempunyai data tuntutan perubatan sejak tahun 2000!

HR Dashboard yang Boleh Diakses

Kami mempunyai HR Dashboard, iaitu Medifile yang dapat memberikan anda data perubatan, maklumat dan laporan yang diperlukan untuk merancang tindakan lanjut.

Membantu Anda Menyelesaikan Masalah

Kami membawa data dan maklumat daripada pelbagai pihak untuk kegunaan anda. Data dan maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi!

PMCare menyediakan rangkaian pembekal perubatan yang terbaik kepada pekerja kami dan menyediakan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan syarikat kami. Pengalaman dan kualiti perkhidmatan mereka selama 25 tahun memang terserlah!

Encik Azahar Bin Ab Rahim

Pengurus Senior, Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports

PMCare menyediakan bantuan yang mengurangkan kerja-kerja Jabatan Sumber Manusia. Sebelum ini, terdapat 13 kakitangan yang mengendali pentadbiran perubatan untuk syarikat kami. Sekarang, hanya perlukan seorang sahaja!

Nizar Bin Zaini

Naib Presiden Pampasan & Faedah, Jabatan Sumber Manusia POS Malaysia

Apabila kita bercakap tentang kesejahteraan korporat, PMCare adalah perintis perubahan dan inovasi. Mereka telah berkhidmat untuk memenuhi keperluan setiap pekerja pelanggan korporat mereka pada setiap masa

Sherry Someh

Pengasas / Pengarah Health Junction

Terima kasih kepada e-Farma oleh PMCare. Kini, saya boleh meminta ubat saya pada bila-bila masa dan dihantar terus ke rumah saya! Ini memastikan syarikat tidak kehilangan produktiviti pekerja serta penjimatan yang besar terhadap harga ubat.

Datuk Bazlan Osman

Pengarah Bebas

Data & statistik

Lebih daripada

3

Juta Tuntutan Setahun

Syarikat kami memproses lebih daripada 3 juta tuntutan perubatan bernilai lebih daripada RM1 bilion setahun. Tentunya dikuasakan oleh platform digital kami!

Cuma

1

Platform Diperlukan

HR BI adalah segalanya yang anda perlukan untuk mengambil data perubatan dengan kadar segera dan mengolahnya menjadi laporan yang bermakna!

Lebih daripada

25

Tahun

Kami mempunyai lebih daripada 25 tahun data perubatan yang merupakan rujukan bagi kami untuk menawarkan pelan dan saranan pengawalan kos yang berkesan.

Dapatkan Sebut Harga

Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga:

Jom Jadi
Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!

Jom Jadi Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!

Dapatkan Sebut Harga

Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga: