Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
ask@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
work@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.306.6725



Memahami
Kos Perubatan Anda

Kami pastikan semua caj perubatan adalah munasabah dan wajar. Dapatkan perkhidmatan yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan!

Kami pastikan bahawa semua caj perubatan adalah munasabah dan wajar

Inflasi perubatan sentiasa meningkat tahun demi tahun. Ini menyebabkan kebanyakan syarikat menghadapi masalah untuk mengurus kos penjagaan kesihatan para pekerja mereka dengan baik. Bukan itu sahaja, caj berlebihan dan penipuan sering kali tidak dapat dikesan. Mereka tidak tahu tentang langkah-langkah yang sesuai untuk mencegahnya daripada berlaku!

 

Pengalaman kami melebihi 25 tahun di dalam industri membolehkan kami memahami cabaran kewangan yang dihadapi oleh syarikat anda dan cara untuk menanganinya. Kami mempunyai penyelesaian pengawalan kos yang unik untuk membantu anda memastikan peningkatan kos perubatan adalah minimum tanpa mengurangkan kualiti bantuan dan perkhidmatan untuk pekerja anda dan tanggungan mereka yang layak.

Penyelesaian Pembendungan
Kos
Yang Berkesan

Dibina dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman

Kami memahami masalah yang anda hadapi. Kami juga sudah mempunyai rancangan dan strategi untuk memudahkan anda. Percayalah, kami telah melakukan semua ini selama lebih daripada 25 tahun!

Kami telus memberitahu anda segala-galanya

Kami telus memberikan anda semua data dan maklumat yang pasti akan membantu anda membuat sebarang keputusan yang berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan!

Pelan pengawalan kos khas untuk anda

Kami akan membantu anda dalam menguruskan kos perubatan tanpa mengurangkan kualiti bantuan penjagaan kesihatan yang anda boleh sediakan untuk pekerja anda. Penyelesaian kami terbukti bermanfaat untuk semua!

PMCare menyediakan rangkaian pembekal perubatan yang terbaik kepada pekerja kami dan menyediakan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan syarikat kami. Pengalaman dan kualiti perkhidmatan mereka selama 25 tahun memang terserlah!

Encik Azahar Bin Ab Rahim

Pengurus Senior, Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports

PMCare menyediakan bantuan yang mengurangkan kerja-kerja Jabatan Sumber Manusia. Sebelum ini, terdapat 13 kakitangan yang mengendali pentadbiran perubatan untuk syarikat kami. Sekarang, hanya perlukan seorang sahaja!

Nizar Bin Zaini

Naib Presiden Pampasan & Faedah & Benefits, Jabatan Sumber ManusiaPOS Malaysia

Apabila kita bercakap tentang kesejahteraan korporat, PMCare adalah perintis perubahan dan inovasi. Mereka telah berkhidmat untuk memenuhi keperluan setiap pekerja pelanggan korporat mereka pada setiap masa

Sherry Someh

Pengasas / Pengarah Health Junction

Terima kasih kepada e-Farma oleh PMCare. Kini, saya boleh meminta ubat saya pada bila-bila masa dan dihantar terus ke rumah saya! Ini memastikan syarikat tidak kehilangan produktiviti pekerja serta penjimatan yang besar terhadap harga ubat.

Datuk Bazlan Osman

Pengarah Bebas

Data & Statistik

Kurang daripada

5%

Kadar Inflasi

Secara purata, trend inflasi perubatan pelanggan kami adalah kurang daripada 5% berbanding purata dalam industri lebih daripada 20%. Ini memberikan anda nilai terbaik untuk wang yang anda keluarkan!

Nikmati sehingga

75%

Penjimatan Kos Ubatan Penyakit Kronik

Pelanggan kami yang menghidap penyakit kronik dan menggunakan ubat generik akan menikmati penjimatan kos sehingga 75% untuk ubat-ubatan jangka panjang melalui e-Farma!

Nikmati sehingga

25%

Diskaun Korporat

Ahli kami menikmati diskaun korporat sehingga 25% ke atas caj bilik dan lain-lain diskaun tambahan untuk caj hospital. Pastinya penjimatan kos yang anda tidak mahu ketinggalan!

Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.

Jom Jadi
Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!

Jom Jadi Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!


Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.