Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
ask@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
work@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.306.6725



Dapatkan Bantuan Perubatan Apabila Anda Memerlukannya

Ahli-ahli kami layak mendapat yang terbaik dalam penjagaan kesihatan dan kami akan pastikan untuk beri yang terbaik buat semua!

Kami tidak mahu ahli kami menghadapi sebarang kesulitan

Kami dikhabarkan tentang seorang pesakit memerlukan rawatan kecemasan tetapi mengambil masa yang lama untuk kelayakannya disahkan. Dia perlu menunggu dalam kesakitan untuk mematuhi prosedur. Di samping itu, dia perlu memastikan wang tunainya mencukupi untuk rawatan. Semua kerumitan ini, ditambah lagi dengan menunggu pembayaran tuntutan setelah segalanya selesai, sangat menyusahkan pesakit.

 

Bagi menyelesaikan masalah ini, kami bangunkan aplikasi PMCare+ Mobile yang mempunyai fungsi untuk meminta Surat Jaminan (GL). Selain itu, pihak hospital juga boleh menggunakan portal Medibase kami untuk mengeluarkan GL dengan pengesahan sistem auto. Kini anda tidak perlu menunggu!

 

Anda juga boleh melihat Rekod Kesihatan Peribadi anda dan tanggungan anda melalui aplikasi tersebut. Jangan bimbang tentang keperluan untuk menguruskan semuanya semasa waktu pejabat. Sokongan 24 jam Ahli Khidmat Pelanggan (Carelines) kami membolehkan anda menghubungi kami untuk sokongan profesional pada bila-bila masa!

Memberi Ahli Penjagaan Kesihatan Tanpa Kerumitan

Akses di hujung jari anda

Jimatkan masa dengan akses peribadi kepada maklumat dan dokumen serta segala permintaan yang anda perlukan, di mana sahaja anda berada!

Semua perkhidmatan kini di dalam tangan anda

Semak kelayakan, permintaan Surat Jaminan serta rekod klinikal anda melalui aplikasi kami untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik dan mudah!

Tidak perlu risau lagi!

Dapatkan sokongan profesional bila-bila masa dan di mana sahaja dengan panggilan ke hotline Carelines kami yang bertugas 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

PMCare menyediakan rangkaian pembekal perubatan yang terbaik kepada pekerja kami dan menyediakan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan syarikat kami. Pengalaman dan kualiti perkhidmatan mereka selama 25 tahun memang terserlah!

Encik Azahar Bin Ab Rahim

Pengurus Senior, Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports

PMCare menyediakan bantuan yang mengurangkan kerja-kerja Jabatan Sumber Manusia. Sebelum ini, terdapat 13 kakitangan yang mengendali pentadbiran perubatan untuk syarikat kami. Sekarang, hanya perlukan seorang sahaja!

Nizar Bin Zaini

Naib Presiden Pampasan & Faedah, Jabatan Sumber Manusia POS Malaysia

Apabila kita bercakap tentang kesejahteraan korporat, PMCare adalah perintis perubahan dan inovasi. Mereka telah berkhidmat untuk memenuhi keperluan setiap pekerja pelanggan korporat mereka pada setiap masa

Sherry Someh

Pengasas / Pengarah Health Junction

Terima kasih kepada e-Farma oleh PMCare. Kini, saya boleh meminta ubat saya pada bila-bila masa dan dihantar terus ke rumah saya! Ini memastikan syarikat tidak kehilangan produktiviti pekerja serta penjimatan yang besar terhadap harga ubat.

Datuk Bazlan Osman

Pengarah Bebas

Data & statistik

Tanpa

0

Tunai Diperlukan

Tiada mesin ATM di sekeliling anda? Jangan risau, semuanya adalah tanpa tunai dan bebas stres!

Kurang daripada

30

Minit

Kami keluarkan Surat Jaminan kurang daripada 30 minit sekiranya menerima maklumat dan dokumen yang lengkap!

Bantuan

24/7

Careline

Kami berada di sini untuk memberikan anda sokongan penuh selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun!

Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.

Jom Jadi
Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!

Jom Jadi Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!


Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.