Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
[email protected]
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
[email protected]
Ph: +1.831.306.6725



Tumpuan Anda Hanya Kepada Aktiviti Teras

Anda sudah mempunyai pelbagai perkara berkaitan syarikat dan pekerja untuk diuruskan dalam Jabatan Sumber Manusia. Serahkan urusan Faedah Perubatan Pekerja anda kepada kami.

Membantu Jabatan Sumber Manusia mengurus faedah penjagaan kesihatan pekerja

Seorang pekerja Jabatan Sumber Manusia pernah berkongsi cerita dengan kami tentang masalah yang dihadapi dalam menguruskan manfaat penjagaan kesihatan untuk para pekerja syarikat sebelum melantik kami.

 

Oleh kerana peralatan terhad, beliau tidak dapat memproses dan meluluskan tuntutan dengan tepat dalam masa yang ditetapkan. Beliau juga tidak dapat menyediakan laporan yang dikehendaki oleh pihak pengurusan untuk mengawal kenaikan kos perubatan.

 

Para pekerja pula telah mengadu kerana mereka tidak dapat mengakses pembekal perubatan secara tanpa tunai, terutamanya selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu dan hari cuti umum. Semua ini berubah sejak mereka melantik PMCare!

Mengoptimumkan
Sumber Manusia

Pentadbiran Perubatan Tanpa Masalah

Pendaftaran ahli dan syarikat adalah lancar, cepat dan mudah. Semua kerja pentadbiran akan diuruskan oleh PMCare. Ini dapat menjimatkan masa anda untuk kerja-kerja teras yang lain yang lebih produktif!

Analisa Kos Yang Boleh Dipercayai

Dapatkan akses kepada data, maklumat, laporan dan trend penggunaan perubatan organisasi anda dan kedudukannya berbanding dengan syarikat lain bagi membantu anda membuat keputusan yang lebih baik!

Mempunyai Kakitangan Khusus Untuk Dihubungi

Meskipun digital, kami masih bersifat peribadi dengan pelanggan kami. Kami mempunyai pengurus akaun berdedikasi untuk dihubungi apabila anda mempunyai perkara yang perlu ditangani!

PMCare menyediakan rangkaian pembekal perubatan yang terbaik kepada pekerja kami dan menyediakan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan syarikat kami. Pengalaman dan kualiti perkhidmatan mereka selama 25 tahun memang terserlah!

Encik Azahar Bin Ab Rahim

Pengurus Senior, Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports

PMCare menyediakan bantuan yang mengurangkan kerja-kerja Jabatan Sumber Manusia. Sebelum ini, terdapat 13 kakitangan yang mengendali pentadbiran perubatan untuk syarikat kami. Sekarang, hanya perlukan seorang sahaja!

Nizar Bin Zaini

Naib Presiden Pampasan & Faedah, Jabatan Sumber Manusia POS Malaysia

Apabila kita bercakap tentang kesejahteraan korporat, PMCare adalah perintis perubahan dan inovasi. Mereka telah berkhidmat untuk memenuhi keperluan setiap pekerja pelanggan korporat mereka pada setiap masa

Sherry Someh

Pengasas / Pengarah Health Junction

Terima kasih kepada e-Farma oleh PMCare. Kini, saya boleh meminta ubat saya pada bila-bila masa dan dihantar terus ke rumah saya! Ini memastikan syarikat tidak kehilangan produktiviti pekerja serta penjimatan yang besar terhadap harga ubat.

Datuk Bazlan Osman

Pengarah Bebas

Data & Statistik

Lebih daripada

80%

Penjimatan Masa

Kami membantu para pelanggan kami menjimatkan lebih daripada 80% jumlah masa yang berkaitan dengan tugas pentadbiran kesihatan syarikat anda!

Hanya

1

Platform Diperlukan

Medifile adalah satu-satunya platform yang anda perlukan untuk mendapatkan data dan maklumat untuk memudahkan tugas anda mentadbir pengurusan penjagaan kesihatan syarikat!

Berkhidmat untuk

1000+

Pelanggan

Pengalaman kami berkhidmat dengan lebih daripada 1,000 syarikat sejak penubuhan membuatkan kami memahami bahawa semua syarikat adalah unik!

Dapatkan Sebut Harga

Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga:

Jom Jadi
Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!

Jom Jadi Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!

Dapatkan Sebut Harga

Kami memerlukan beberapa maklumat untuk menyediakan sebut harga untuk pelan faedah perubatan pekerja anda, sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga: