Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
ask@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
work@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.306.6725



Kami adalah

SEBUAH


Keluarga

Berikut adalah latar belakang ringkas mengenai syarikat kami dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami.

Kami adalah

SEBUAH


Keluarga

Berikut adalah latar belakang ringkas mengenai syarikat kami dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami.

Di PMCare, kami memperlakukan kesemua pekerja, pelanggan, ahli dan rakan perniagaan kami sebagai sebuah

keluarga.

Kami merupakan sebuah keluarga besar yang memastikan setiap orang diberikan perkhidmatan perdana. Kami adalah sebahagian daripada Sumitomo Corporation Group Japan dan merupakan perintis organisasi pengurusan penjagaan kesihatan di Malaysia sejak tahun 1995.

 

Kami membangunkan platform digital yang menjadikan pertukaran maklumat lebih pantas, tepat, telus, cekap dan mampu milik untuk pelanggan kami. Kami menyediakan portal & aplikasi yang membantu setiap pekerja, Jabatan Sumber Manusia, pentadbiran, dan pembekal perubatan dengan segala yang diperlukan agar dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada mereka yang memerlukannya. Visi kami adalah untuk menjadi Organisasi Pengurusan Penjagaan Kesihatan Utama di negara ini dengan menggunakan platform digital kami untuk membantu anda membuat keputusan penjagaan kesihatan yang tepat.

Demi kebaikan para pelanggan, ahli dan rakan perniagaan kami, kami akan pastikan bahawa kami terus berkembang untuk kebaikan masyarakat. Kami ingin kekal menjadi peneraju utama dalam industri penjagaan kesihatan yang menyumbang kepada masyarakat dan negara, selaras dengan falsafah syarikat induk kami, Sumitomo Corporation: “Memperkayakan Kehidupan dan Dunia”.

 

PMCare berbangga dengan data yang kami kumpul yang tepat dan terperinci. Kami percaya dalam ketelusan dan kejujuran terutamanya apabila melibatkan kos. Kami juga pastikan para pelanggan dan ahli kami tahu bahawa mereka mendapat nilai yang berbaloi dengan kos dan perbelanjaan mereka.

 

Di PMCare, KAMI URUSKAN Penjagaan Kesihatan Anda Kerana KAMI PRIHATIN!

Di PMCare, KAMI URUSKAN Penjagaan Kesihatan Anda Kerana KAMI PRIHATIN!

At PMcare, We manage because we care.

Di PMCare, KAMI URUSKAN Penjagaan Kesihatan Anda Kerana KAMI PRIHATIN!

Pasukan Pengurusan Kami

Kami adalah satu keluarga besar yang profesional dan berpengalaman dalam pelbagai jabatan termasuk Perubatan, Tuntutan dan Operasi. Kami berhasrat menjadi rakan penjagaan kesihatan
terbaik untuk anda.

Mohd Adzahar Bin Abdul Wahid
Mohd Adzahar Bin Abdul Wahid

Ketua Pegawai Eksekutif

Kamal Aryf Bin Baharuddin
Kamal Aryf Bin Baharuddin

Ketua Pegawai Operasi

Masahiro Isobe
Masahiro Isobe

Ketua Pegawai Strategi

Dr. Mohd HelmiBin Ismail
Dr. Mohd HelmiBin Ismail

Penasihat Perubatan

Huzainah Binti Hussin
Huzainah Binti Hussin

Pengurus Besar
Jabatan Kewangan

Noor Hisyam BinMohd Ghazali
Noor Hisyam BinMohd Ghazali

Pengurus Besar
Jabatan IT

Dr. Jasman Bin Haris
Dr. Jasman Bin Haris

Pengarah Perubatan
Jabatan Perubatan

Dato' Mohd Nazmi Bin Abdul Rahman
Dato' Mohd Nazmi Bin Abdul Rahman

Pengurus Besar
Jabatan Pemasaran & Jualan

Salleh Bin Dahlan
Salleh Bin Dahlan

Pengurus Besar
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

Saifuzzaman Bin Aminuddin
Saifuzzaman Bin Aminuddin

Pengurus Besar
Jabatan Tuntutan

Syahrul Nizam Bin Baharuddin
Syahrul Nizam Bin Baharuddin

Pengurus Besar
Jabatan Operasi

Akreditasi ISO 9001:2015

Kami adalah Syarikat Pengurusan dan Pentadbiran Penjagaan Kesihatan pertama di Malaysia yang telah dianugerahkan sijil ISO 9001: 2000 yang berprestij oleh Certification International (UK) Ltd secara keseluruhan sejak tahun 2001.

 

Kemudian pada tahun 2017, kami telah dianugerahkan ISO 9001: 2015 sebagai pengesahan untuk sistem pengurusan kami yang berkualiti. Ini membuktikan bahawa kami memenuhi standard antarabangsa untuk perkhidmatan kepada para pelanggan kami.

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!


Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.