Scroll to top

Get In Touch
541 Melville Ave, Palo Alto, CA 94301,
ask@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.705.5448

Work Inquiries
work@ohio.colabr.io
Ph: +1.831.306.6725



Penyelesaian Kami,
Khas Untuk Anda

Berbekalkan lebih 25 tahun pengalaman dan sistem pengurusan inovatif, kami yakin kami dapat memenuhi keperluan Sumber Manusia anda dan banyak lagi. Serahkan urusan penjagaan kesihatan anda kepada PMCare!

Kos perubatan semakin meningkat, begitu juga dengan beban kerja

Kami tahu bagaimana rasanya menghadapi kenaikan kos perubatan tahun demi tahun. Bukan sahaja anda perlu menjelaskan faktor kenaikan kos kepada pihak pengurusan, malah banyak juga kertas kerja yang perlu disiapkan. Tidak cukup dengan itu, para pekerja pula sentiasa menghubungi anda dan mengajukan pelbagai persoalan untuk diselesaikan. Semua ini membuat kerja anda kelihatan tidak berkesudahan!

 

Itulah sebabnya kami, sebagai Pentadbir Pihak Ketiga, ingin membantu masalah anda dan menjadikan tugas-tugas ini lebih mudah untuk anda. Kami boleh membantu dalam memastikan semua ahli mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan.

 

Kami juga membantu merapatkan jurang antara syarikat dan pembekal perkhidmatan perubatan dengan memastikan setiap transaksi dan permintaan data tersedia dalam sekelip mata. Semua ini dijanakuasakan oleh platform digital kami dan disokong oleh pasukan yang berpengalaman dan profesional.

Perkhidmatan Teras Kami

perkhidmatan teras kami meliputi setiap aspek pengurusan kesihatan anda

Pengurusan
Perubatan

Kami menyediakan perkhidmatan profesional bagi pelanggan korporat kami termasuk:

  • Mengkaji dan menilai caj perubatan dan penyampaian pembekal perubatan
  • Rundingan mengenai data dan penggunaan tuntutan perubatan
  • Program kesejahteraan dan pencegahan yang boleh diubahsuai
Perkhidmatan
Pentadbiran

Kami membantu dalam kerja pentadbiran yang berkaitan dengan kesihatan seperti:

  • Memastikan dan memantau kelayakan ahli berdasarkan pelan manfaat pelanggan
  • Pembayaran balik tuntutan, terbitan Surat Jaminan, laporan dan bayaran untuk pembekal perubatan
  • Bantuan 24 jam Carelines untuk ahli
Pengurusan Rangkaian Pembekal Perubatan

Ahli kami berhak untuk:

  • Mendapat akses kepada lebih daripada 3,000 klinik GP, 180 klinik pakar, 300 hospital dan 340 klinik pergigian di seluruh negara.
  • Menikmati rawatan tanpa tunai dengan proses pelepasan hospital yang cepat dengan harga yang berpatutan!
  • Menikmati proses tuntutan yang lebih cekap dan berkesan bagi memastikan ketepatan dan ketelusan.

Kini anda boleh dapatkan pengurusan penjagaan kesihatan yang lebih baik dengan mudah.

Jom cuba penyelesaian kami!

Membantu Syarikat Mengoptimumkan Sumber Manusia

Sediakan bantuan terbaik untuk penjagaan kesihatan pekerja anda dengan sumber manusia yang minima!

Memberi Ahli Penjagaan Kesihatan Dengan Mudah

Informasi penjagaan kesihatan kini di hujung jari anda bagi membantu anda membuat keputusan dengan lebih cepat dan baik!

Kawalan Perbelanjaan Melalui Pengawalan Kos Yang Berkesan

Gunakan belanjawan perubatan syarikat anda dengan sebaiknya. Kami mempunyai lebih 25 tahun pengalaman mengawal kos perubatan dengan berkesan!

Data Yang Terperinci Bagi Membantu Anda Membuat Keputusan

Ahli kami mempunyai Rekod Kesihatan Pesakit sendiri untuk memudahkan membuat keputusan dan pertukaran maklumat daripada pelbagai pihak!

Penyelesaian Kesejahteraan Khas Untuk Anda

Program kesejahteraan kami disesuaikan mengikut penggunaan perubatan, kos dan diagnosis ahli!

Data & statistik

Kurang daripada

5%

Kadar Inflasi

Secara purata, trend inflasi perubatan pelanggan kami adalah kurang daripada 5% berbanding purata dalam industri lebih daripada 20% setahun.

Lebih daripada

80%

Penjimatan Masa

Kami membantu para pelanggan kami menjimatkan lebih daripada 80% jumlah masa yang berkaitan dengan tugas pentadbiran perubatan.

Anda perlukan

0

Sifar Usaha

Anda tidak perlu bersusah payah lagi. Kami akan menguruskan rangkaian pembekal perubatan dan segala tuntutan perubatan dan pembayaran kepada mereka!

PMCare menyediakan rangkaian pembekal perubatan yang terbaik kepada pekerja kami dan menyediakan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan syarikat kami. Pengalaman dan kualiti perkhidmatan mereka selama 25 tahun memang terserlah!

Encik Azahar Bin Ab Rahim

Pengurus Senior, Jabatan Sumber Manusia Malaysia Airports

PMCare menyediakan bantuan yang mengurangkan kerja-kerja Jabatan Sumber Manusia. Sebelum ini, terdapat 13 kakitangan yang mengendali pentadbiran perubatan untuk syarikat kami. Sekarang, hanya perlukan seorang sahaja!

Nizar Bin Zaini

Naib Presiden Pampasan & Faedah, Jabatan Sumber Manusia Pos Malaysia

Apabila kita bercakap tentang kesejahteraan korporat, PMCare adalah perintis perubahan dan inovasi. Mereka telah berkhidmat untuk memenuhi keperluan setiap pekerja pelanggan korporat mereka pada setiap masa

Sherry Someh

Pengasas / Pengarah Health Junction

Terima kasih kepada e-Farma oleh PMCare. Kini, saya boleh meminta ubat saya pada bila-bila masa dan dihantar terus ke rumah saya! Ini memastikan syarikat tidak kehilangan produktiviti pekerja serta penjimatan yang besar terhadap harga ubat.

Datuk Bazlan Osman

Pengarah Bebas CEO Telekom Malaysia

Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.

Jom Jadi
Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan, mari kita bekerjasama!

Jom Jadi Rakan Kami!

Kami ingin bekerjasama dengan industri penjagaan kesihatan dan perubatan. Jika anda adalah syarikat yang berkaitan kesihatan, penyedia perubatan atau perniagaan berkaitan kesejahteraan,
mari kita bekerjasama!

Dapatkan maklumat terkini mengenai kami.

Teruskan Berhubung!


Biar kami jadi TPA anda!

Kami menyediakan khidmat pengurusan penjagaan kesihatan terkemuka yang dikuasakan oleh platform digital.